Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Faiz Subri Dianugerah Pemain Terbaik Februari PFAM

 

George Town - Pemain sensasi Harimau Kumbang, Faiz Subri yang menjaringkan 'gol ajaib' sehingga mendapat perhatian di seluruh dunia baru-baru ini, dianugerahkan pemain terbaik bulan Februari oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - Asiana.my.

Pencapaian cemerlang yang membanggakan itu membolehkan Faiz membawa pulang wang tunai RM1,500 tajaan MVP Sports Agency, sebuah trofi dan gambar beserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.

Ketua Eksekutif PFAM - Asiana.my Izham Ismail berkata anugerah itu diberi untuk mengangkat martabat dan menghargai usaha pemain bola sepak profesional di Malaysia.

"Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM - Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.


"Faiz menerima undian tertinggi mengalahkan empat calon lain iaitu Zah Rahan Krangar (Felda United), Farizal Marlias dan Hariss Harun (JDT) serta Norazlan Razali (Selangor)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu di Padang A Universiti Sains Malaysia (USM).

Faiz yang ditemui selepas majlis itu berkata beliau tidak menyangka akan menerima pengiktifan itu.