Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Persatuan Badminton Pahang Terima Tajaan

Kuantan - Persatuan Badminton Pahang mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan daripada syarikat barangan sukan badminton terkenal, Fleet International Holdings Sdn Bhd bernilai 80 ribu ringgit selama dua tahun. 

Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Seri Paduka Shahbandar Idris Shah berkata, penajaan tersebutdi harap dapat memberikan semangat kepada pemain untuk terus memajukan sukan badminton di negeri itu. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Fleet, International Holdings, Teo Tong Wah berkata selain Johor, Pahang menjadi pilihan kerana peningkatan prestasi pemainnya. 

Perkara itu dimaklumkan selepas Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di Kuantan, Pahang.