Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

KEFA Gesa FAM Beri Peluang Kedua

  • Published in Sukan

Alor Setar - Bekas pemain bola sepak Kedah menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM memberikan pengampunan kepada 216 pemain yang terlibat dalam gejala rasuah pada tahun 1994. 

Menurut Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kedah(KEFA), Pihak KEFA menerusi persatuan bekas atlet kebangsaan telah menghantar surat berhubung permohonan pengampunan tersebut kepada FAM pada 2011, namun ditolak FAM tanpa sebarang alasan. 

Beliau yang juga bekas pemain Kedah dan Kuala lumpur itu mahu  FAM kaji semula hukuman yang dikenakan terhadap pemain terlibat rasuah. 

Tindakan FAM menolak rayuan pengampunan jelas mengecewakan. 

Kebanyakan bekas pemain terbabit kini melewati usia 40an dan awal 50an. 

Di Kedah sahaja, enam bekas pemain bola sepak di negeri itu dikenakan hukuman gantung seumur hidup pada tahun 1994 akibat terlibat rasuah.