Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Piala AFC - Beraksi Di Laman Sendiri Beri Kelebihan Kepada Selangor

Kuala Lumpur - Menjelang perlawanan kedua peringkat kumpulan E, Selangor bertemu pendahulu kumpulan, Tampines Rovers .

Beraksi di laman sendiri malam esok pastinya memberi kelebihan buat skuad The Red Giants untuk memburu tiga mata penting. 

Sementara itu, Ketua Pasukan, Mohd Shahrom Kalam mahu kekalahan di tangan PDRM dalam saingan Piala FA dilupakan dan fokus dengan perlawanan esok. 

Selangor kini menghuni tangga kedua berkongsi satu mata bersama pasukan Ceres La Salle selepas terikat 2 sama pada perlawanan pertama. 

Selangor pernah bertemu Tampines Rovers dalam saingan kumpulan H AFC tahun 2013. 

Pada ketika itu, Selangor mencatat keputusan seri tiga sama di Shah alam dan mencatat kemenangan 3-2 di Stadium Jalan Besar , Singapura.