Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Thailand Juara Pada Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Piala Datuk Bandar

Kuala Lumpur - Pasukan Thailand menepati ramalan bergelar juara Bola Tampar Antarabangsa Piala Datuk Bandar selepas menundukkan Taiwan 3-0 di pentas akhir.    

Pada set pertama, skuad Thailand tidak mengalami masalah untuk menang 25-21. 

Cuba untuk bangkit di set kedua, Taiwan bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila tewas 20-25. 

Di set ketiga, Thailand yang beraksi lebih tenang memperoleh kemenanagna 25-21 sekaligus muncul juara kejohanan. 

Thailand membawa pulang hadiah wang tunai 10,000 ringgit beserta baucer 5,000 ringgit. 

Manakala Taiwan ditempat kedua dengan hadiah wang tunai 5,000 ringgit beserta baucer 3,000 ringgit. 

Bagaimanapun skuad negara sekadar berada di tempat keempat apabila ditewaskan pasukan Maldives dengan keputusan 3-0. 

Hadiah disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.