Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Elina Svitolina Juara Tenis Terbuka Malaysia

Kuala Lumpur - Aksi perlawanan akhir perseorangan wanita Kejohanan BMW Terbuka Malaysia kali ini yang menyaksikan pemain Ukraine, Elina Svitolina muncul juara menumpaskan Eugine Bouchard dalam aksi 3 set. 

Pilihan keenam Eugine Bouchard nyata terganggu dengan penagguhan biarpun mempamer aksi bertenaga untuk menang set pertama 7-6. 

Svitolina bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan 6-4 set kedua untuk mengheret perlawanan ke penentuan. 

Aksi lebih sengit dipamer kedua-dua pemain sehingga beberapa kali duece sebelum Svitolina akhirnya memenangi perlawanan dengan keputsan 7-5. 

Kemenangannya kali ini sekaligus melebarkan rekod cemerlang bertemu Bouchard kepada empat kemenangan sejak 2013. 

Selaku juara, pemain Ukraine itu menerima trofi dan hadiah wang tunai 43,000 dollar amerika.