Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Kejohanan Powerman Asia 2016 Disertai Hampir 3,000 Atlet Elit

Kuala Lumpur - Dua tahun tanpa sebarang acara duathlon terbesar, Kejohanan Powerman Asia 2016 kembali, dengan penyertaan terbesar di dunia, mencecah  tiga ribu peserta.    

Perlumbaan ini merupakan saingan yang diiktiraf Persatuan Powerman Dunia, IPA, menawarkan mata bagi kedudukan rangking dunia. 

Bagi penganjur kejohanan, e-plus entertainment, dengan jumlah penyertaan dari 35 buah negara merupakan satu pencapaian yang paling tinggi, terutama bagi memenuhi hasrat peminat sukan duathlon yang sentiasa dahagakan kejohanan besar. 

Paling menarik, ia turut disertai jaguh-jaguh duathlon dunia untuk turut mencari kejuaraan di Malaysia. 

Dalam perlumbaan dua disiplin iaitu berbasikal 60 kilometer dan berlari 20 kilometer itu, atlet duathlon Australia, Thomas Bruin muncul juara kategori lelaki elit manakala juara dunia tahun lalu, Emma Pooley muncul juara kategori elit wanita.