Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

PDRM Diundi Bertemu JDT Pada Suku Akhir Piala FA 2016

 

Kuala Lumpur - Pasukan berstatus kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diundi bertemu juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada saingan suku akhir Piala FA 2016.

PDRM melayakkan diri ke suku akhir selepas menyekat kemaraan pendahulu Liga Super, Selangor dengan kemenangan 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka dalam saingan pusingan ketiga, Jumaat lepas.

Sementara itu, JDT melangkah dengan bergaya ke suku akhir selepas menang selesa 4-1 ke atas Negeri Sembilan.

Dalam majlis undian yang berlangsung di Theatrette, Sri Pentas dan turut menyaksikan dua lagi pasukan berstatus kelab dari saingan Liga Perdana musim ini, Sime Darby FC diundi menerima kunjungan PKNS FC.

PKNS FC melakar kejutan selepas menewaskan pasukan handalan Liga Super, Felda United FC dengan kemenangan tipis 3-2 untuk mara ke suku akhir manakala Sime Darby pula menyingkirkan saingan Pahang dengan kemenangan 1-0 semalam.

Sementara itu, dalam dua lagi undian, juara Piala FA 1995, Sabah diundi bertemu pasukan Kedah manakala Perak akan bertemu Kuala Lumpur.