Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

PDRM, JDT, Kedah Ke Suku Akhir Piala FA

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur - Dua finalis Piala Malaysia musim lalu, Selangor dan Kedah berdepan nasib berbeza dalam Piala FA dengan juara 33 kali itu tersingkir manakala skuad Helang Merah mara ke suku akhir.

Kedah, naib juara Piala Malaysia, menang menerusi penentuan penalti 5-4 ke atas Kelantan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam pertemuan pusingan ketiga, untuk mengiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sementara itu, PDRM menyekat kemaraan pendahulu Liga Super, Selangor dengan kemenangan 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kemenangan itu sekali gus memadamkan hasrat juara Piala Malaysia 2015 itu untuk melangkah ke suku akhir Piala FA.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, JDT melangkah bergaya ke suku akhir selepas menang selesa 4-1 ke atas Negeri Sembilan.