Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Lee Chong Wei Akan Tandatangani Kontrak Program Podium

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Datuk Lee Chong Wei akan tandatangani kontrak program podium. 

Perkara tersebut disahkan sendiri Datuk Lee Chong Wei yang sebelum ini terpaksa menolak pelawaan Institut Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan berikutan konflik penajaan. 

Isu penajaan selesai selepas beberapa perbincangan diadakan. 

Lee Chong Wei bagaimanapun hanya akan menandatangani kontrak program podium sejurus pulang dari kejohanan Seluruh England. 

Selepas perbincangan dengan Datuk Seri Norza Zakaria dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terma kontrak program tersebut akan diubah mengikut kesesuaian pemain nombor dua dunia itu. 

Lee Chong Wei ditemui selepas sesi latihan di Bukit Kiara, akan berlepas ke United Kingdom malam ini untuk aksi Seluruh England.