Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Tenis Terbuka Malaysia - Zhu Lin Cipta Kejutan Mara Ke Suku Akhir

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pemain bukan pilihan, Zhu Lin dari China mencipta kejutan apabila mara ke suku akhir kejohanan 

selepas menewaskan Zarina Diyas dari Kazakhstan. 

Pemain China itu mencatat kemenangan straight set 7-5, 6-2. 

Pada set pertama, Zhu Lin yang berkedudukan ranking 190 dunia mendahului sebelum kedua-duanya bersaing rapat sehingga perlawanan diheret ke penentuan tie break. 

Namun kelebihan berpihak kepada Zhu Lin dengan kemenangan 7-5. 

Di set kedua, Diyas yang jelas keletihan tidak mampu menahan asakan Zhu Lin yang akhirnya menang mudah 6-2. 

Kemenangan ini juga turut menebus kekalahan Zhu Lin kepada Zarina Diyas pada pertemuan di terbuka Hong Kong tahun 2014. 

Pada aksi suku akhir, Zhu Lin dijadual bertemua bertemu rakan senegara, Wang Qiang. 

 

Dalam satu lagi perlawanan, pemain Britain, Naomi Broady menepati ramalan mara ke suku akhir selepas menewaskan seorang lagi pemain China, Yang Zhaoxuan. 

Kelebihan memihak kepada Broady yang berada ranking ke 96 dunia berbanding Zhaoxuan. 

Walaupun, Zhaoxuan cuba memberi tentangan, jelas Broady lebih kemas menguasai gelanggang untuk menang straight set 6-4, 6-3. 

Pada aksi suku akhir, Broady akan bertemu pemain pilihan ke 3 kejohanan, Sabine Lisicki dari Jerman.