Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

KFA Dan Dato Aliff Syukri Akan Adakan Perbincangan Terakhir

  • Published in Sukan

Persatuan Bolasepak Kedah, KFA akan mengadakan perbincangan terakhir dengan Pengasas produk kosmetik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengenai terma dan syarat tajaan sebelum kedua-dua pihak bersetuju menandatangani perjanjian persefahaman, MoU menaja pasukan Hijau Kuning. 

Setiausaha kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata terma berkenaan perlu mempunyai konsep menang-menang dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. 

Jika berlaku, sudah pasti memberi khabar gembira kepada KFA. 

Bagaimanapun Datuk Aminuddin berkata lambang dan warna Hijau-Kuning merupakan syarat utama yang tidak boleh ditukar. 

Sebelum ini Datuk Aliff berkata pihaknya telah 99.9 peratus bersetuju untuk menaja pasukan Kedah.