Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

Saingan Formula One Musim Ini Bakal Saksikan Perubahan

  • Published in Sukan

Barcelona - Saingan Formula One musim ini bakal menyaksikan beberapa perubahan berlaku.

Jika diluluskan ia akan dilaksanakan pada saingan pertama Grand Prix Australia 20 Mac nanti.   

Antara perubahan yang dicadangkan ialah mengubah format sesi kelayakan dengan menghadkan hanya lapan pemandu dalam sesi selama 12 minit itu. 

Perubahan ini dibangkitkan dalam pertemuan dengan Pengarah Perlumbaan FIA,  Charlie Whiting selepas sesi ujian pra musim di Litar Catalunya tamat. 

Namun cadangan itu mendapat reaksi negatif 13 pemandu terbabit. 

Sehubungan itu ia akan dibincangkan secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Sukan Permotoran yang akan berlangsung di Geneva Jumaat ini. 

Jika dipersetujui pembaharuan itu akan mula digunapakai pada GP Australia nanti.   

Sementara itu, pada hari kedua sesi ujian pra musim menyekasikan Valtteri Bottas mencatat masa terpantas selepas menggunakan tayar lembut. 

Kedua ialah juara bertahan Lewis Hamilton dan ketiga, pemandu muda dari pasukan  Renault,  Kevin Magnussen. 

Rosberg hanya menamatkan ujian di tempat ke sembilan.