Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Lorenzo Terpantas Di Qatar

Doha - Menjelang saingan MotoGP, Juara bertahan, Jorge Lorenzo mencatat masa terpantas pada hari pertama sesi ujian pra musim yang berlangsung di Doha Qatar. 

Berbaki 17 hari lagi, sesi di Litar Losail ini adalah peluang terakhir penunggang memperkemaskan rentak tunggang mereka. 

Sesi ujian di Litar Losail ini adalah medan terakhir buat penunggang menguji kecekapan mereka sebelum saingan sebanar bermula pada 20 Mac ini. 

Agak malang bagi naib juara musim lepas Valentino Rossi apabila terpaksa bersaing dalam keadaan cedera selepas pelumba pasukan Movistar Yamaha itu terjatuh di pusingan ke 10. 

Manakala tiga pelumba, Andrea Iannone, Maverick Vinales dan Jorge Lorenzo saling kejar mengejar kedudukan pertama. 

Namun Lorenzo dari pasukan Yamaha Factory terlebih pantas untuk menamatkan saingan di tempat teratas dengan catatan satu jam 55 minit 52 saat. 

Catatan itu membolehkan Lorenzo mengatasi Vinales 0.428 saat manakala ketiga Rossi yang ketinggalan 0.442 saat yang berjaya menamatkan 33 pusingan selepas bangkit daripada kecederaan. 

Manakala Iannone dari Ducati dan rakan sepasukannya Scott Redding melengkapkan senarai lima pelumba terbaik di hari pertama.  

Aleix Espargaro pula gagal meneruskan saingan kerana mengalami kemalangan dan memaksanya berpuas hati di tempat ke 11.