Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Liverpool Benam City Di Anfield

  • Published in Sukan

Anfield - Liverpool memastikan dendam Ahad lalu berjaya dibalas apabila membenam Manchester City 3-0 di Anfield awal pagi tadi. 

Kegagalan membawa pulang Piala Liga dari Wembley Ahad lalu nyata membawa kesan positif buat anak buah Juergen Klopp. 

Liverpool bermula garang dengan gol pertama jaringan cantik kaki kiri Adam Lallana pada minit ke 34. 

4 minit sebelum rehat, James Milner menggandakan kedudukan untuk The Reds selepas bijak dengan menyudahkan gerakan Emre Can dan Jordan Henderson untuk City ketinggalan 2-0. 

Pada babak kedua, Roberto Firmino meledak gol ketiga Liverpool hasil hantaran Lallana pada minit ke 57, sekaligus memberikan Klopp kemenangan ke 11 daripada 27 perlawanan. 

 

Sementara itu, pencabar utama kejuaraan liga, Arsenal dan Spurs mengalami kekalahan mengejutkan ditanganlawan masing-masing. 

Kekalahan itu menyaksikan Leicester terus cemerlang di kedudukan teratas dengan jurang 3 mata dihadapan Spurs dan Arsenal. 

Di Emirates, skuad kendalian Arsene Wenger di ejek penonton sendiri selepas kekalahan memalukan 1-2 ditangan Swansea City. 

Di Old Trafford, Manchester United terus hambar sepanjang perlawanan sebelum jaringan Juan Mata di penghujung babak menyelamatkan maruah Louis Van Gaal untuk kemenangan tipis 1-0 keatas Watford. 

Di Britannia, Stoke City meneruskan musim cemerlang dibawah kendalian Mark Hughes apabila mengatasi Newcastle United 1-0. 

Di Upton Park, jaringan Antonio seawal minit ke-7 perlawanan menamatkan rekod kemenangan Spurs musim ini. 

West Ham kini dikedudukan keenam, 1 mata dibelakang tempat ke liga juara-juara eropah.