Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

LTdl - Adeq Hussaini Othman, Pelumba Terbaik Asia, Reinsburg Juara Keseluruhan

  • Published in Sukan

Melaka - Edisi ke-21 Le Tour de Langkawi melabuhkan tirainya semalam dengan kejuaraan keseluruhan jersi kuning di rajai pelumba pasukan  Dimension Data, Reinhardt Jans Veen Reinsburg dari Afrika Selatan. 

Menariknya saingan kali ini, pelumba TSG, Adeq Hussaini Othman melakar sejarah pelumba Malaysia pertama menyarung jersi putih Terbaik Asia. 

Peringkat terakhir dari pekan Batu Pahat ke Bandaraya Melaka, 123 pelumba meneruskan kayuhan sebelum menutup tirai edisi ke 21. 

Kedua, Jacub Mareczko dari pasukan South East Venezuela dan ketiga pelumba Aisan,  Shiki Kuroeda.