Monday, August 26, 2019
updated 3:38 AM UTC, Aug 26, 2019

Kucova Kejutkan Wei Hsieh

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kejutan berlaku di pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka BMW Malaysia 2016, apabila pemain bukan pilihan,Kristina Kucova dari Slovakia menewaskan bekas juara 2012 dari Taiwan, Su Wei Hsieh yang juga pilihan ketujuh kejohanan dalam tiga set.    

Kekalahan ini menutup terus hasrat Wei Hsieh untuk memperbaiki pencapaian separuh akhir musim lalu.

Kucova yang sebelum ini berjaya menewaskan Stefanie Voegele di pusingan kelayakan meneruskan rentak terbaik untuk menang set pertama 6-1.

Bagaimanapun, Wei Hsieh bangkit memperkemaskan permainan menang set kedua 6-3 untuk membawa perlawanan ke set penentuan. 

Bermain di set penentuan, pukulan forehand kemas daripada Kucova banyak memerangkap Wei Hsieh. 

Akhirnya, Kucova berjaya melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 6-3 dalam masa sejam  50 minit. 

Kucova dijadual bertemu samada pemain Jepun, Risa Ozaki atau, Elina Svitolina dari Ukraine di suku akhir nanti.