Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Datuk Aliff Syukri Hampir Pasti Taja Kedah

  • Published in Sukan

Kedah - Kehadiran pengasas produk kosmetik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menyaksikan perlawanan bolasepak antara Kedah menentang Kelantan malam tadi membawa khabar gembira buat Persatuan Bolasepak Kedah, KFA. 

Pemilik jenama Terlajak Laris itu hampir pasti menjadi penaja pasukan Hijau Kuning.

Datuk Aliff pernah menarik diri daripada menaja Kedah sebelum ini. 

Datuk Aliff Syukri yang memakai jersi Kedah begitu teruja dengan aksi yang dipamerkan pasukan Kedah serta sokongan padu penyokong yang sentiasa memenuhi Stadium Darul Aman. 

Menurut Datuk Aliff Syukri, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan KFA berhubung tajaan tersebut. 

Beliau ditemui pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Darul Aman.