Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Mercedes Terpantas Di Barcelona

  • Published in Sukan

Barcelona  - Menjelang saingan Formula One hujung bulan ini, pemandu Mercedes petronas, Nico Rosberg mencatat masa terpantas pada sesi ujian pra musim di Litar Catalunya Barcelona Sepanyol. 

Mencatat masa terpantas pada sesi ujian kedua musim ini merupakan satu amaran dari Mercedes. 

Nico Rosberg bagaimanapun dikatakan tidak menggunakan pecutan maksimum dimana masih ada ruang untuk menambah kepantasan jenteranya. 

Rosberg mengatasi pelumba lain dengan kepantasan satu minit 23.022 saat selepas menggunakan tayar lembut buat pertama kalinya. 

Catatan itu dua saat lebih pantas daripada yang dilakukan oleh Valtteri Bottas yang menggunakan tayar serupa bersama Williams. 

Juara musim lepas, Lewis Hamilton hanya membuat ujian pada sesi pagi kerana jenteranya mengalami masalah tekanan enjin.   

Mencatat masa ketiga terpantas ialah pemandu McLaren, Fernando Alonso diikuti Kimi Raikkonen dari ferrari keempat. 

Bagaimanapun Raikonnen mengalami masalah brek yang menjadi kerisauan awal buat Ferrari. 

Kevin Magnussen yang direhatkan sepanjang tahun lepas kembali bersama Renault manakala pemandu Brazil, Felipe Nasr muncul bersama jentera baharu Sauber untuk menamatkan ujian 103 pusingan ini. 

Pemandu muda dari Belanda, Max Verstappen berjaya melakukan ujian paling lama iaitu 144 pusingan bersama pasukan Toro Rosso dibelakang dua pemandu Mercedes yang membuat 169 pusingan.