Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Bola Sepak Liga Perdana Inggeris

Pendahulu liga, Leicester City gagal meraih 3 mata penuh selepas diikat West Bromwich Albion 2 sementara Chelsea menumpaskan Norwich di tempat lawan. 

Aksi di laman sendiri itu menyaksikan The Foxes ketinggalan menerusi gol Salomon Rondon, namun 2 jaringan sebelum rehat memastikan Leicester mengikat West Brom dengan jaringan 2 sama. 

Di Stadium of lights, Sunderland terus bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran apabila sekadar seri 2 sama dengan Crystal Palace. 

Sementara di Villa Park, Birmingham, Aston Villa mengalami kekalahan ke 18 musim ini ditangan Everton. 

Romelo Lukaku, Aaron Lennon dan Ramiro Funes Mori memberikan skuad Roberto Martinez 3 mata penuh hasil kemenangan 3-1 keatas Aston Villa. 

Di Carrow Road, skuad kendalian Guus Hiddink meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Norwich City 2-1. 

Diego Costa muncul wira The Blues dengan jaringan pada masa kecederaan babak pertama. 

Akhir sekali, AFC Bournemouth berjaya mengejutkan Southampton di laman sendiri selepas mencatat kemenangan 2-0 awal pagi tadi.