Logo

Selangor Tewaskan Sarawak 4-2

Selayang -Selangor mengekalkan  rekod tanpa kalah, apabila menewaskan Sarawak 4-2,  untuk  melonjak ke takhta liga dengan 10 mata. 

Beraksi di Stadium Selayang, Sarawak terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Junior Aparecido pada minit ke-7. 

Selangor bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-24,  hasil rembatan R. Gopinathan berpunca dari kesilapan pertahanan Sarawak. 

3 minit kemudian, tuan rumah mendahului menerusi tandukan cantik pemain import Selangor, Patrick Ronaldinho. 

Kedudukan kekal hingga tamat babak pertama, Selangor 2 Sarawak 1. 

Bersambung babak kedua, kesilapan penjaga gol Sarawak dihukum Patrick Ronaldinho pada minit ke-55, untuk  melebarkan jurang gol. 

Tuan rumah makin selesa apabila Azrif Nasrulhaq turut muncul sebagai pencetak gol buat Selangor, untuk menambah tekanan buat Sarawak. 

Minit ke-76, Sarawak berjaya menghasilkan gol menerusi sepakan penalti Gilmar da Silva yang dihadiahkan pengadil perlawanan ekoran bola terkena tangan pemain Selangor di kotak penalti. 

Keputusan lain :

JDT 2 , Felda United 1

Kedah 2 , Kelantan 1

Pahang 1 , Terengganu 2

T-Team 1 , PDRM 1

 

 

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.