Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Formula 1 - Sauber Pertaruhkan C35

Menjelang perlumbaan pertama musim 2016 di Melbourne Australia, pasukan Sauber kini sudah bersedia untuk mengharungi cabaran dan saingan musim baharu ini apabila memperkenalkan jentera terbaharu Sauber C35 Ferrari.    

Selain mempertaruhkan dua pemandu, Marcus Ericsson dan Felipe Nsr dari Brazil. 

Pihak Sauber F1 bagaimanapun hanya memaparkan gambar terkini jentera C35-Ferrari yang akan digunakan dalam saingan musim 2016 ini. 

Pada sesi latihan ujian pra musim pertama di Barcelona, Sauber F1 hanya menggunakan jentera saingan musim 2015. 

Dikhabarkan C35 akan mula diuji pada sesi latihan kedua. 

Untuk musim kedua bersama Sauber, Marcus Ericsson dan Felipe Nasr diharap mampu pantas menyesuaikan diri dengan jentera baharu C35. 

Musim lalu, Sauber F1 menamatkan saingan di tempat kelapan kategori pengeluar dengan 36 mata.