Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Johor Meraih Tiga Mata Permata

  • Published in Sukan

Pasir Gudang,Johor - Hatrik Paulo Rangel memastikan Johor Darul Takzim, JDT2 meraih tiga mata pertama selepas membelasah Angkatan Tentera, ATM 5-1 di Pasir Gudang, Johor malam tadi. 

Sekaligus merupakan kemenangan sulung Harimau Selatan dalam kempen liga musim ini selepas tewas 3 aksi sebelum ini. 

ATM pula terus dirundung malang apabila terus gagal meraih sebarang mata.

Pesta gol JDT2 bermula dengan jaringan Mohd Irfan Fazail pada minit ke-11 namun disamakan pihak lawan menerusi Venice Elplhi, 6 minit kemudian. 

Tandukan Paulo Rangel pada minit ke-19 kembali meletakkan tuan rumah di depan. 

Malah, berjaya menambah koleksi jaringan pada minit ke-33, kali ini menerusi kuisan menarik selepas keadaan kelam kabut depan pintu gol ATM. 

Mohd Hasbullah Abu Bakar menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol ke-4  sejurus sebelum tamat separuh masa pertama. 

Keputusan 5-1 kekal hingga wisel penamat.