Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

LTdL 2016 - Mareczko Raih Kemenangan Sulung Selepas Empat Percubaan

  • Published in Sukan

 

Rembau  - Pelumba pasukan Southeast-Venezuela, Jakub Mareczko akhirnya meraih kemenangan sulung selepas empat percubaan dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016.

Pelumba berusia 21 tahun memenangi peringkat keeenam sejauh 147.6km dari Putrajaya ke Rembau, Negeri Sembilan pada Isnin dengan catatan masa 3 jam 34 minit 0.1 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Slovakia, Juraj Sagan dari pasukan Tinoff manakala pelumba Switzerland, Dylan Page dari pasukan Team Roth menaiki tangga ketiga dalam podium.

Sebagai rekod, Mareczko, pelumba kelahiran Itali itu menghuni tempat ketiga dalam peringkat kedua tahun ini dan tempat kedua dalam peringkat keempat dan keenam, tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan, Mareczko berkata beliau menerima tentangan sengit daripada kelompok utama pelumba sebelum satu kilometer dari garisan penamat.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini dan mengucap terima kasih kepada rakan sepasukan yang membantu dengan aksi yang baik sekali," katanya.

Dalam pada itu, pelumba pasukan Dimension Data, Reinardt Janse van Rensburg berjaya merampas Jersi Kuning daripada pelumba pasukan Astana Pro Team, Miguel Angel Lopez, selaku pendahulu keseluruhan.