Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Waspada Dengan Kebangkitan Lin Dan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan, memberi peringatan awal kepada Lee Chong Wei supaya berwaspada dengan kebangkitan Lin Dan menjelang aksi Seluruh England, minggu depan. 

Lin Dan pasti menjadi tumpuan utama dan halangan besar buat pemain negara. 

Sekian lama tidak beraksi, sudah pasti Lin Dan mempunyai semangat tinggi untuk mengecapi kejayaan, walaupun kejohanan Seluruh England ini bakal menemukan pemain terbaik dunia. 

Bukan hanya Lin Dan, malah Chen Long serta Kento Momota juga antara jaguh yang perlu diawasi, kerana mereka akan turut beraksi di olimpik Rio Ogos depan. 

Dalam undian utama Seluruh England, Chong Wei diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan dan dijangka bakal melalui laluan mudah sehingga ke separuh akhir. 

Chong Wei dijadualkan bertemu Parupali Kashyap dari India di pusingan pertama.