Logo

LTdl - Peringkat Keenam , Putrajaya - Rembau

Putrajya - Jelajah Berbasikal Le Tour De Langkawi 2016 semakin menghampiri kemuncaknya diteruskan dengan peringkat keenam sejauh 147.6 kilometer dari Putrajaya ke Rembau, Negeri Sembilan. 

125 pelumba akan mengharungi tiga zon pecutan dan empat zon pendakian. 

Apa yang menarik selepas zon pendakian keempat perlumbaan hanya akan berbaki lima kilometer menuju penamat. 

Semalam, peringkat kelima Tapah-Kuala Lumpur sejauh 148.8 kilometer kembali didominasi jaguh Astana Pro Team, Andrea Guardini sekaligus menggapai kemenangan peringkat ke 20 sepanjang penglibatan dala LTDL. 

Bagaimanapun Guardini masih gagal merampas semula jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan daripada rakan sepasukan,  Miguel Angel Lopez Morino dengan masa keseluruhan terbaik 17 jam 26 minit 53 saat. 

Pelumba tempatan dari pasukan TSG Mohd Adiq Hussaini Othman  terus mengekalkan Jersi Putih Terbaik Asia. 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.