Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Festival Badminton Indonesia 2021, merangkumi tiga kejohanan bertahap antarabangsa

  • Published in Sukan

BALI, 12 November - Festival Badminton Indonesia 2021 yang merangkumi tiga kejohanan bertahap antarabangsa, Kejohanan Masters Indonesia, Kejohanan Terbuka Indonesia dan Pusingan Akhir Jelajah Dunia BWF bakal membuka tirainya pada 16 November ini dan akan berlangsung sehingga 5 Disember 2021 di The Westin Resort, Nusa dua, Bali, Indonesia.

Ketiga-tiga kejohanan ini akan dilangsungkan dalam sistem gelumbung sukan dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard, SOP, yang ketat tetapi dengan keadaan yang lebih kondusif dan menarik.

Pada kejohanan yang menerima penyertaan daripada 23 negara ini, pemain badminton serta pegawai dari seluruh dunia akan menginap di hotel bertaraf lima bintang yang mempunyai fasiliti yang lengkap termasuk tempat berlatih.

Bagi membataskan interaksi antara pemain dan orang luar, The Westin Resort Nusa Dua Bali dan Bali International Centre akan ditutup bagi orang luar sehingga tamatnya kejohanan ini.

Lebih lanjutnya, semua yang terlibat dalam kejohanan ini harus tiba di The Westin Resort, pada 11 November sebelum jam 11.59 malam untuk memastikan 5 hari kuarantin sebelum mulanya Kejohanan Indonesia Masters pada 16 November.

Gelembung sukan sebelum ini yang selalunya mengehadkan pergerakan pemain daripada aktiviti sosial bagi mengawal penularan wabak COVID-19, namun kali ini di Bali, Indonesia ia agak berlainan di mana pemain dapat menikmati segala fasiliti seperti kolam berenang, (Outdoor Cinema), snooker, restoran dan lain lain lagi tanpa keluar daripada kawasannya.

Bagaimanapun semua aktiviti tersebut dilakukan dengan pelaksanaan SOP yang ketat.

Wartawan: Tina Rama