Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Piala Sultan Azlan Shah : Senarai Penuh Pemain Diumum Hari Ini

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Senarai lengkap 25 pemain skuad hoki kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Sultan Azlan Shah PSAS di Ipoh, pada April ini, dijangka diumumkan hari ini .

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Stephen Van Huizen ketika mengesahkan perkembangan itu berkata, senarai berkenaan sudah dihantar kepada Konfederasi Hoki Malaysia MHC untuk pertimbangan.
  
Katanya, hanya 25 pemain akan terus menjalani latihan bersama pasukan utama manakala baki 15 pemain lagi yang tidak tersenarai akan dihantar ke skuad pembangunan negara.

Daripada jumlah itu hanya 20 akan dibawa ke New Zealand untuk menghadapi empat perlawanan ujian menentang pasukan tuan rumah dan Korea Selatan.

Manakala lima pemain yang tidak di bawa akan menyertai pasukan ketik ujian pemanas badan di Perth Australia bagi menggantikan lima pemain yang pulang lebih awal.

Skuad negara yang diketuai kaptennya, Muhd Razie Abd Rahim akan bertolak ke New Zealand 3 Mac ini.