Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Liga Super - Felda United Kekal Teratas

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur - Felda United terus mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga Super, dengan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan.

Felda United mencatat kemenangan 2-0 ke atas T-Team, dengan dua gol pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu dijaringkan Mohd Hadin Azman pada minit ke-30 dan 76 di Stadium Tun Abdul Razak, Maran, Pahang 

Sementara itu, juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Kemenangan itu menyaksikan JDT naik satu anak tangga di kedudukan kedua Liga Super walaupun berkongsi tujuh mata dengan Selangor, dengan kelebihan jumlah jaringan.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, pula menyaksikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seri 2-2, dengan Pulau Pinang terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan S.Kumaahran seawal minit pertama perlawanan.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumpas 1-3 kepada Selangor.

Perlawanan antara Perak dan Kedah di Stadium Perak, Ipoh pula berkesudahan seri tanpa jaringan.