Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Hari Sukan Negara tingkat produktiviti masyarakat

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 9 Oktober - Setelah lebih setahun berdepan pandemik COVID-19, aktiviti bersukan perlu diperbaharui semula.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, mengharapkan aktiviti sihat itu dilakukan semua peringkat masyarakat bagi meningkatkan produktiviti dan keluar dari kemurungan.

Beliau merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat KKMM pagi tadi yang turut dihadiri Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mohammad Mentek dengan kehadiran 50 petugas.