Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah pemergian Datuk Seri Zolkples

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 3 Oktober - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong.

Turut menzahirkan ucapan sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Pemergian Datuk Seri Zolkples disifatkan sebagai kehilangan besar buat dunia sukan tanah air dan Seri Paduka Baginda berdua menyanjung tinggi segala khidmat, jasa dan perngorbanan Allahyarham kepada negara.