Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

KPT hargai 9 Atlet U-Olimpian, terima 'durian runtuh' RM5,000 setiap seorang

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 2 Oktober - Atlet Olimpik negara terus dihargai.

Terbaharu 9 atlet yang mewakili negara pada Temasya di Tokyo 2020 menerima 'durian runtuh' RM5,000 setiap seorang daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, penghargaan tersebut diberikan kepada mereka yang turut digelar ‘U-Olimpian’.

Tambah Datuk Seri Dr Noraini, RM3,000 akan diberikan dalam bentuk tunai manakala baki RM2,000 lagi dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Mereka yang menerima penghargaan ialah tiga atlet terjun iaitu Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee manakala Khairulnizam Mohd Afendy dan Juni Karimah Noor Jamali daripada sukan pelayaran.

Tidak ketinggalan ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul hadi, Welson Sim daripada sukan renang, atlet memanah, Syaqiera Mashayikh serta Azreen Nabila Alias daripada olahraga.