Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Piala Sudirman, Malaysia tempah slot ke separuh akhir

  • Published in Sukan

VANTAA, 2 Oktober - Khabar gembira daripada kem badminton negara.

Malaysia berjaya menempah slot separuh akhir Piala Sudirman selepas menumpaskan Indonesia 3-2 di suku akhir kejohanan yang berlangsung di Vantaa, Finland, awal pagi tadi.

Lebih membanggakan kejayaan itu menamatkan kemarau terkandas di suku akhir sebanyak tiga kali berturut-turut pada tiga edisi terakhir sebelum ini.

Hari cemerlang Malaysia bermula dengan aksi gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya mengulangi pencapaian Sukan Olimpik 2020 apabila menumbangkan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan keputusan 21-12, 21-15.

Turut menyumbang mata kemenangan Malaysia ialah perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.

Selepas ini Malaysia dijangka berhadapan cabaran sengit berikutan dijadual sekali lagi bertemu Jepun di peringkat separuh akhir pada esok.

Sebelum ini pasukan negara ditewaskan oleh Jepun 1-4 dalam saingan peringkat Kumpulan D.