Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

LTdL - Sungai Petani - Georgetown Dikuasai Andrea Palini

  • Published in Sukan

Sungai Petani - Peringkat kedua Sungai Petani-Georgetown, dikuasai pelumba Skydive Dubai Pro Cycling Team AAC, Andrea Palini dengan kemenangan dramatik di garisan penamat. 

Palini menang berdasarkan foto finish mengatasi pelumba pasukan Astana, Andrea Guardini dengan masa 3 jam 56 minit 02 saat. 

Namun jersi kuning pendahulu keseluruhan masih dipegang Guardini. 

Pelumba kebangsaan, Loh Sea Kiong dan Wang Mei Yin pasukan Heng Ziang Cyling Team paling awal bertindak melakukan breakaway pada kilometer ke-22. 

Menuju penamat, Guardini dan Palini bersaing hebat untuk gelaran juara peringkat kedua yang akhirnya dimenangi Palini. 

Namun, catatan keseluruhan 8 jam 11 minit 43 saat dipisahkan 2 saat dihadapan Palini memberikan sedikit kelebihan buat Guardini. 

Pelumba terbaik negara milik Mohd Fauzan Ahmad Lutfi dalam kelompok 30 terbaik.