Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Paralimpik Tokyo 2020 pencapaian terbaik kontijen Malaysia

  • Published in Sukan

TOKYO, 5 September - Edisi Paralimpik Tokyo 2020 merupakan pencapaian terbaik negara sepanjang 6 penyertaan sejak 1972.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Seri Megat D Shariman Zaharuddin yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata, walaupun menghadapi pelbagai kekangan susulan penularan COVID-19 serta insiden penarikan semula pingat emas Ziyad Zolkefli, mereka masih tetap berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pada edisi di Rio 2016, Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya memenangi 3 pingat emas menerusi atlet olahraga Mohd. Ridzuan Mohd Puzi dalam acara 100 meter, Mohd Ziyad dalam acara lontar peluru dan Abdul Latif dalam acara lompat jauh.