Logo

LTdL - Guardini Takhuk Peringkat Pertama

Baling - Peringkat pertama Kangar ke Baling menyaksikan jaguh Astana, Andrea Guardini muncul juara sekaligus menyarung jersi kuning dengan masa keseluruhan 4 jam 25 minit 47saat. 

Ini juga merupakan kemenangan ke-19 pelumba Itali ini dalam saingan LTDL. 

Pelumba terbaik negara hari ini milik pelumba TSG, Mohd Harif Salleh di kedudukan 10 terbaik. 

Adiq dan Sea Keong turut berjaya mengutip mata di 3 zon pecutan 22.5 kilometer Tunjang, 56.4 km Kuala Nerang, 125.5 km Sik bersama 2 pelumba lagi pelumba, Wang Mei Yin pasukan Heng Xiang Cycling Team dan Meher Hasnoui Skydive Pro Cycling Team AAC. 

Segalanya mula berubah di 30 km terakhir apabila peloton mula meningkatkan kayuhan. 

10 kilometer seterusnya  4 pelumba tersebut kembali ditangkap kelompok besar dan Guardini mula mengintai ruang. 

Pelumba Drapac Professional Cycling Brenton Jones kedua dan Andrea Palini Skydive Dubai ketiga. 

Kedudukan keseluruhan masih belum selamat buat pelumba Itali itu kerana hanya berkelebihan 2 saat dengan Mei Yin. 

Adiq Hussaini sedikit memberikan keceriaan peminat tempatan ketiga keseluruhan berdasarkan pungutan mata di zon pecutan dan pendakian untuk mengumpul 4 jam 25 minit 50saat. 

Esok peringkat kedua diteruskan bermula di Sungai Petani,Kedah  dan berakhir di Georgetown,Pulau Pinang dengan jarak keseluruhan 158.1 km dengan 3 zon pecutan 2 pendakian. 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.