Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Arsenal Tewas Di Laman Sendiri

  • Published in Sukan

Arsenal gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri apabila tumbang 0-2 ditangan Barcelona. 

Lionel Messi menghancurkan impian besar Arsene Wenger dengan 2 gol pada babak kedua perlawanan. 

Bagaimanapun, Barcelona terpaksa menanti sehingga minit ke 71 untuk memecah kebuntuan menerusi gerakan licik Leo Messi. 

Sebelum tamat perlawanan, Messi dijatuhkan Mathieu Flamini mengakibatkan pelawat dihadiahkan sepakan penalti. 

Bintang Argentina itu mudah meletakan bola ke dalam gawang Arsenal untuk memastikan Barca selangkah ke suku akhir. 

Dalam satu lagi perlawanan di Turin, hajat Juventus untuk mencari keputusan seri menjadi kenyataan apabila mengikat Bayern Munich 2 sama. 

Thomas Muller meletakan Bayern didepan menjelang rehat babak pertama. 

Babak kedua, Bayern mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua sumbangan Arjen Robben minit ke 55. 

Juve bagaimanapun berjaya mencari gol dengan jaringan Paolo Dybala minit ke 63 dan Stefano Sturaro minit ke 76. 

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Allianz Arena bulan depan.