Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Zii Jia mara ke pusingan kedua, bakal berdepan juara bertahan Cheng Long dari China

  • Published in Sukan

TOKYO, 29 Julai - Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain dari Perancis, Brice Leverdez 21-17, 21-5 dalam aksi kumpulan M.

Zii Jia bermula sedikit goyah apabila ketinggalan pada awal permainan, namun bangkit dengan permainan rali yang mencuri tenaga Leverdez sekali gus menang dengan 21-17.

Pemain nombor 8 dunia itu kemudian seakan mahu menamatkan perlawanan dengan pantas dan terus garang di set kedua untuk mengutip mata demi mata sehingga menang 21-5 dalam tempoh 35 minit.

Kejayaan kedua itu menyaksikan Zii Jia mengungguli peringkat kumpulan M sekali gus layak ke pusingan kedua.

Bagaimanapun pemain berusia 23 tahun itu bakal berdepan tugas sukar apabila dijadual bertemu juara bertahan Cheng Long dari China.