Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Olimpik Tokyo: Aksi Pandelela, Mun Yee dinanti rakyat Malaysia

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee turun beraksi dalam acara 10 meter (m) seirama wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo petang ini.

Melihat kepada pengalaman dan pencapaian lepas yang dimiliki Pandelela dan Mun Yee, mereka berpeluang untuk sekurang-kurangnya meraih pingat dan pastinya yang diinginkan adalah pingat emas.

Pandelela pernah meraih beberapa kejayaan besar termasuk pingat gangsa di Olimpik London 2012, perak di Olimpik Rio 2016, emas di Piala Dunia Tokyo dan dua emas dan dua perak di Sukan Komanwel.

Manakala Mun Yee pula pernah satu perak dan dua gangsa di Kejohanan Dunia, satu perak dan dua gangsa di temasya Komanwel, dua perak dan lima gangsa di Sukan Asia selain 17 emas di Sukan SEA sepanjang kariernya.

Mun Yee juga dilihat memiliki motivasi tambahan kerana sudah pasti mahu penampilan terakhirnya di pentas Olimpik ditutup dengan pencapaian yang paling membanggakan.

Cabaran utama buat Pandelela dan Mun Yee untuk meraih pingat emas pertama negara dijangka hadir dari pasangan penerjun China, Zhang Jiaqi dan Chen Yuxi.

Selain itu, gandingan penerjun Kanada dan Britain dilihat antara pencabar dalam acara itu.