Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Terus sokong atlet Malaysia dalam misi buru kecemerlangan

  • Published in Sukan

TOKYO, 26 Julai - Seluruh rakyat Malaysia diharap terus memberikan sokongan kepada atlet negara di Tokyo dalam misi memburu pingat emas pertama.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang tiba di Tokyo semalam berkata, segala keputusan yang diperoleh atlet negara wajar dihargai kerana mereka telah berjuang demi Malaysia.

Pada kempen Olimpik kali ini Malaysia menetapkan sasaran tiga pingat dengan salah satunya adalah emas.

Tiga sukan yang menjadi sandaran utama kontinjen Malaysia di Tokyo ialah berbasikal trek, badminton dan terjun.