Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

LTdL Mula Saingan Hari Ini

Alor Setar - Jelajah Berbasikal Le Tour de Langkawi edisi ke 21 memulakan saingannya hari ini. 

Perlumbaan peringkat pertama akan berlangsung tengahari ini sejauh 165.5 kilometer dari Kangar perlis ke Baling.

Semalam berlangsung majlis memperkenalkan 22 pasukan yang bertanding di Alor Setar. 

22 pasukan bakal berentap kali ini dengan tiga pasukan berstatus World Tour iaitu Astana, Tinkoff Saxo dan Dimension Data. 

Lapan lagi pasukan pro benua, 10 pasukan benua dan 1 pasukan kebangsaan. 

Pasukan dimension data yang pertama diperkenalkan diikuti pasukan yang berpengkalan di Kazakhstan, Astana yang turut membariskan pemenang peringkat terbanyak, Andrea Guardini dan Miguel Angel Lopez Moreno. 

Pasukan Tinkoff Saxo turut membariskan pelumba handalan termasuk juara eropah, Erik Baska 22 tahun. 

Pasukan bertaraf benua dari pantai timur, Terengganu Cycling TSG menjadi tumpuan utama menerusi gandingan Anuar Manan selaku ketua pasukan, Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, Muhd Adiq Hussaini Othman, Mohd Harrif Salleh, Norshahrul Mat Amin dan pelumba import, Goh Choon Huat. 

Tidak ketinggalan 2 lagi wakil malaysia Majlis sukan negara (MSN) dan pasukan kebangsaan yang dipimpin Syed Hussein Syed Mazlan. 

Majlis disempurnakan exco belia dan sukan, kesenian dan kebudayaan negeri kedah, Aminuddin omar. 

Wolkswagen diumum sebagai penaja kereta rasmi bagi LTDL 2016.