Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Ujian Pra-Musim Formula One - Pasukan Ferrari Beri Amaran Awal

  • Published in Sukan

Barcelona - Pasukan Ferrari beri amaran awal kepada pencabar terdekatnya iaitu Mercedes bahawa mereka bakal memberikan cabaran sengit kepada pasukan itu musim ini. 

Pemandunya, Sebastian Vettel berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian di Litar Catalunya, Barcelona pada Isnin. 

Sebelum itu, pasukan Mercedes AMG Petronas melancarkan jentera baharu mereka musim ini dengan mengekalkan 2 pemandu utama iaitu Lewis Hamilton dan Nico Rosberg. 

Kedua-dua pemandu Mercedes itu berjaya menghabiskan lebih 2 pertiga pusingan dengan jentera baharu dengan catatan masa kedua terbaik yang dicatat Hamilton. 

Biarpun baru pertama kali turun ke litar, Mercedes berjaya melakukan 156 pusingan. 

Valtteri Bottas daripada pasukan Williams keempat terpantas dibelakang pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo. 

McLaren yang memasuki musim kedua bersama enjin Honda menamatkan pra musim hari pertama dengan catatan ke-9 terpantas. 

Sementara pasukan Manor yang beralih menggunakan enjin Mercedes berjaya mengatasi pasukan Renault.