Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

Iskandar Puas Hati Dengan Pencapaian Skuad Muda Negara

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kapten pasukan lelaki, Iskandar Zulkarnain turut berpuas hati dengan pencapaian skuad muda negara di kejohanan badminton berpasukan asia.

Turun dengan status underdog, bukan tugas mudah susulan kritikan pelbagai pihak yang kurang yakin dengan keputusan BAM untuk menurunkan pemain pemain muda.

Malah, Iskandar turut meletakkan azam untuk memperbaiki kelemahan yang ada bagi mewakili malaysia di Piala Thomas kelak.

Sementara itu, nada berbeza disuarakan pemain bergu lelaki, Tan Kian Meng yang kecewa dengan  persembahannya sepanjang di Hyderabad.

Beliau yang bergandingan dengan Low Juan Shen gagal menyumbang mata buat Malaysia apabila tewas kepada gandingan Manu Attri, B. Sumeeth Reddy dalam pertarungan tiga set, 10-21, 22-20, 16-21.