Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Shaharuddin Rosdi Kini Ketua Jurulatih Bola Sepak Pahang

Kuantan- Selepas enam tahun bertindak sebagai Penolong Jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi kini diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak negeri ini untuk musim hadapan.

Anak kelahiran Kuantan yang juga bekas pemain Pahang dan kebangsaan itu berkata, beliau akan memanfaatkan pengalaman bersama dua jurulatih tersohor yang pernah membimbing Pahang iaitu Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan bagi membimbing sebaik mungkin pasukan gergasi Pantai Timur berkenaan.

"Ini bukan tugas mudah buat saya...namun berikan saya masa dan peluang untuk membuktikan kemampuan," katanya beliau.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Coach Shah di kalangan pemain, tidak asing bagi peminat bola sepak Pahang pada era 90-an.

Pengalaman beliau sebagai pemain Pahang bermula pada tahun 1994 hingga 2003 merupakan salah seorang perancang terbaik yang pernah Pahang miliki sehingga berjaya membantu pasukan untuk mengecapi beberapa piala dalam Liga Malaysia.