Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

FAM Akan Calonkan Jaringan Faiz Subri Bagi Anugerah Puskas FIFA

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan nama pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA, selepas beliau melakukan jaringan 'luar biasa' mirip gol pemain Brazil, Roberto Carlos.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.

"Pencalonan untuk gol terbaik FIFA perlu dibuat persatuan kebangsaan iaitu FAM, dan saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Muhd Amin bahawa FAM akan buat pencalonan untuk gol Mohd Faiz itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program 'Moh Bedil' di Majlis Sukan Negara (MSN).

Anugerah Puskas yang diperkenalkan FIFA pada 2009 ialah anugerah untuk gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.