Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2016 - Holman Kuasai Hari Pertama

Kuala Lumpur - Pemain muda Australia, Nathan Holman membuka saingan hari pertama dengan catatan rendah, 64 pukulan, 7 dibawah par. 

Namun, catatan itu dicabar hebat beberapa pemain termasuk juara Dubai Dessert Klasik minggu lalu, Danny Willet yang ketinggalan hanya 1 pukulan dibelakang pendahulu. 

Kelab Golf Royal Selangor di ibu negara menjadi medan kejohanan Golf Maybank Malaysia edisi pertama. 

Bekas juara Terbuka Malaysia 2013, Kiradech Aphibarnrat antara nama besar yang beraksi, namun sekadar mencetak 72 pukulan, 1 diatas par pada hari pembukaan. 

Sementara itu, 4 birdie dan 4 bogey sekadar meletakan bintang Jerman, Martin Kaymer pada kedudukan 49, 6 pukulan dibelakang pendahulu. 

Juara major, Louis Oosthuizen meletakkan dirinya agak selesa dengan catatan pembukaan 4 dibawah par, 3 dibelakang pendahulu. 

2 birdie berturut-turut di lubang 17 dan 18 melegakan pemain Afrika Selatan itu. 

Pemain England, Danny Willet tampak mampu memberikan cabaran selepas membenam 65 pukulan, 6 dibawah par dengan 1 eagle dan 5 birdie. 

Pendahulu milik juara Terbuka Australia, Nathan Holman,membenam 64 pukulan, untuk menerajui saingan hari pembukaan dengan 7 dibawah par.