Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Tenis Antarabangsa Dubai - Caroline Garcia & Erani Ke Separuh Akhir

Dubai - Ketika tiada pemain ternama yang masih beraksi peluang terbuka luas buat beberapa pemain bukan pilihan untuk merebut gelaran juara. 

Antaranya, Caroline Garcia yang memastikan tiket separuh akhir menjadi miliknya apabila mengepikan pemain Jerman, Andrea Petkovic straight set. 

Turut mara, Sara Erani yang menumpaskan Madison Brengle.   

Kejohanan di Dubai ini adalah siri pertama dalam Jelajah WTA musim ini. 

Namun beberapa kejutan berlaku dengan menyaksikan lapan pemain pilihan terkandas diawal permainan yang merupakan sejarah pertama dalam tenis wanita. 

Caroline Garcia memanfaatkan peluang untuk memastikan kemaraan dengan mudah. 

Selepas menumpaskan pemain pilihan ketiga, Carla Suraez Navarro pada suku akhir, pemain Perancis ini seterusnya mengalahkan pemain Jerman Andrea Petkovic straight set 6-3, 6-4 untuk mara ke separuh akhir.