Wednesday, 21 April 2021

updated 9:05 AM UTC, Apr 21, 2021

Luqman Hakim, Rahadiazli dan Ramadhan curi perhatian Cheng Hoe

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Selepas tujuh hari bersama pemain negara menjalani latihan pusat, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe nyata berpuashati dengan kesungguhan dan komitmen yang diberikan tiga pemain muda negara.

Itu antara penilaian atau 'finding' yang diperolehi Cheng Hoe ketika di Johor.

Latihan pusat yang berakhir pada 28 Mac nyata tidak disia-siakan Luqman Hakim, Rahadiazli Rahalim dan Ramadhan Saifullah untuk mencuri perhatian Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe, 52 tahun, menyifatkan mereka memiliki potensi yang amat besar untuk kekal dalam skuad senior negara.

Bagi, ketua jurulatih yang berasal dari Kedah ini, melihat ketiga-tiga pemain ini merupakan generasi baharu yang mampu memainkan peranan lebih besar dan penting untuk bolasepak negara.

Dalam masa sama, Cheng Hoe menjelaskan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) kini dalam perbincangan untuk merangka tempoh latihan pusat yang penjang untuk sesi berikutnya.

Tiga negara iaitu Bahrain, Australia dan Jordan diletakkan dalam perancangan sebagai destinasi untuk kem latihan pusat yang seterusnya.