Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

LTDL - TSG Dijangka Mampu Mengulangi Pencapaian Edidi Lalu

  • Published in Sukan

Shah ALam - Wakil tempatan, TSG dijangka mampu mengulangi pencapaian edisi lalu dengan menempatkan diri di podium bagi  Perlumbaan Berbasikal Le Tour de Langkawi, LTDL.  

Ia berdasarkan persiapan rapi yang dilakukan pasukan bertaraf benua yang berpangkalan di Terengganu itu. 

Walaupun dibayangi pasukan-pasukan hebat dari luar yang membariskan pelumba terbaik. 

Kehadiran jurulatih muda dari Slovakia, Adam Szabo, 25, mampu menyuntik sengat TSG dan tidak mustahil mampu menamatkan perlumbaan peringkat di podium. 

Untuk edisi kali ini TSG membariskan jaguh pecut,  Anuar Manan , Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, Muhd Adiq Hussainie Othman, Mohd Shahrul Mat Amin dan pelumba Singapura, Goh Choon Huat. 

Manakala musim lalu TSG, dua kali  berjaya  menamatkan perlumbaan di podium melalui Anuar Manan dan Adiq Hussaini. 

Emir ditemui di Shah Alam selepas Majlis Pengunguman 2 lagi penaja baharu.