Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

KPDNKK Rampas Jersi Tiruan Pasukan Bola Sepak Kedah

  • Published in Sukan

Alor Setar - - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 65 jersi pasukan bola sepak Kedah tiruan menggunakan jenama Warrix bernilai RM1,700 dalam satu serbuan di premis menjual jersi di Stadium Darul Aman.

 Ketua Penguatkuasanya Shahrudin Hamzah berkata, serbuan di 26 buah premis itu dibuat setelah syarikat Warrix Sports Co. Ltd iaitu pembuat barangan sukan rasmi persatuan bola sepak Kedah (KFA) berpangkalan di Bangkok, Thailand yang juga penaja KFA membuat aduan mengenai aktiviti menjual dan mengedar jersi dan kemeja-t disyaki palsu.

Susulan daripada itu, 30 anggota KPDNKK dikerah menyerbu premis-premis di Stadium Darul Aman dan lima individu dari lima buah premis didapati menjual jersi tiruan secara terbuka dan ditahan untuk diambil keterangan.

"Ini kes pertama melibatkan Warrix, sebab ini adalah hak intelektual mereka (Warrix) malah mereka beritahu mengalami kerugian kerana aktiviti tersebut. Kita khuatir kerugian itu akan menyebabkan Warrix berhenti menaja KFA.

Peniaga beri alasan permintaan tinggi daripada peminat bola sepak, tapi itu bukan alasan kerana salah tetap salah. Malah kita difahamkan Warrix juga menurunkan harga demi sokong industri bola sepak Kedah," katanya beliau.